Profil Haluan Profil KKLW
Profil Penubuhan HALUAN
HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi.
Pada peringkat awal penubuhan, aktiviti HALUAN terbatas kepada usaha-usaha kebajikan untuk manfaat ahli-ahli. Di peringkat ini, aktiviti-aktiviti HALUAN tertumpu kepada program-program seperti seminar dan kaunseling pelajar dan remaja, pendidikan keluarga, kursus-kursus berkaitan ekonomi dan keusahawanan, dan juga kem-kem motivasi dan pengurusan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut juga melibatkan masyarakat umum bukan dari kalangan ahli, ianya agak terbatas.
Sejak tahun 2002, dengan peningkatan keahlian dan kemampuan mereka terbentuk baik, HALUAN mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Perkembangan terancang ini melibatkan aktivis-aktivis HALUAN turun membantu mengubati masalah-masalah sosial, di samping bantuan-bantuan kepada masyarakat miskin, terbiar, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa bencana dan seumpamanya. Usaha ini juga dapat memberi ruang kepada mereka yang mampu dan ikhlas dari kalangan masyarakat untuk menjadi relawan bersama HALUAN dengan usaha yang kemas dan tersusun.
ASPIRASI HALUAN – Berakhlak, Mendidik dan Berbakti
Sebagai perkumpulan graduan yang prihatin, HALUAN memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Oleh itu, ahli-ahli dan aktivis-aktivis HALUAN bersandar kepada motto mereka, iaitu ”berakhlak, mendidik dan berbakti”. Adalah menjadi aspirasi HALUAN untuk bersama masyarakat dalam apa juga bentuk aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ruang-lingkup motto tersebut. Ahli-ahli HALUAN kini bertanggungjawab untuk bergerak ke hadapan, bersedia dan bangga untuk membantu, supaya sentiasa dirasai kehadiran mereka dalam masyarakat, tanpa unsur-unsur kemegahan atau kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu.
Secara umumnya, objektif kepada aktiviti-aktiviti HALUAN adalah seperti berikut:
- Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutama dalam aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluarga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim.
- Mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan masyarakat.
- Menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.
Profil KKLW
Pembangunan luar bandar merupakan satu komitmen kerajaan yang berterusan bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Visi KKLW
Membentuk Masyarakat Progresif Melalui Pembangunan Desa Lestari
Misi KKLW
Menjana Komuniti Luar Bandar yang Progresif Melalui Pemerkasaan Modal Insan, Infrastruktur dan Ekonomi Berdaya Saing Dalam Persekitaran Lestari.
Moto KKLW
Komuniti Berdaya Desa Berjaya
Objektif KKLW
- Peningkatan Pendapatan Penduduk Desa Ke Tahap 80% Daripada Penduduk Bandar Menjelang 2020.
- Mewujudkan Desa Berkualiti (Desa Q) Menjelang 2016.
- Mewujudkan 30% Penduduk Desa Terlibat Dalam Aktiviti Keusahawanan Menjelang 2020.
- Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran.
- Mempercepatkan Pelaksanaan Konsep Dan Program Pembangunan Bersepadu.
- Meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa.
- Mencapai Liputan 100% Prasarana Asas, Utiliti Dan Infrastruktur Menjelang 2020.
- Memastikan penduduk desa mendapat 100% manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi menjelang 2020.
- Membantu menghapuskan kemiskinan tegar, dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8%.
- Meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan di luar bandar.
- Meningkatkan pembangunan jalan di kawasan luar bandar dan lain-lain kawasan kurang membangun.
- Meningkatkan liputan bekalan elektrik bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kepada 95% dan di Semenanjung Malaysia kepada 99.9% menjelang tahun 2012.
- Meningkatkan liputan bekalan air bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kepada 90% dan di Semenanjung Malaysia kepada 98% menjelang tahun 2012.
- Memastikan semua kawasan 30 km radius dari pusat bandar/pekan mendapat liputan infrastruktur 100% menjelang 2016.
- Meneruskan usaha merapatkan jurang digital dan meningkatkan penembusan perkhidmatan internet jalur lebar (broadband) melalui Pelan Jalur Lebar Negara.
- Memastikan pengagihan seimbang peluang-peluang bermutu yang dapat menjana pendapatan, pekerjaan, perniagaan dan pendidikan ke seluruh pelosok negara.
17 Nov 1959 | Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan |
1960 | RIDA diserapkan ke KPNLB untuk memaju dan menggalakan perusahaan dan pemasaran keluaran luar bandar, KEMAS ditubuhkan |
24 Dis 1960 | KPNLB mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Semula Struktur Organisasi dan Peranan FELDA |
25 Jan 1961 | 'RED Book' dilancarkan untuk menyelaras, merancang dan memantau pembangunan luar bandar |
4 Sept 1961 | Bilik Gerakan Kemajuan Kebangsaan KPNLB dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama yang bertujuan menyelaras perlaksanaan, maklumbalas dan perlaksanaan projek. |
1961 | Pejabat Kemajuan Negeri (SDO) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPNLB untuk memperhebatkan pembangunan luar bandar |
Dis 1976 | KPNLB dimansuhkan dan agensi diserapkan ke Kementerian Lain |
18 Julai 1981 | YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan semula KPNLB |
Okt 1990 | KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB |
1993 | Perpindahan keluar FELDA dan JHEOA daripada KPLB |
1994 | Pelancaran Falsafah & Strategi Luar Bandar (FSBPLB) ke arah 2020 sebagai landasan pembangunan luar bandar. |
8 Mei 1995 | Portfolio pembasmi kemiskinan dipindahkan dari UPP,JPM ke KPLB |
31 Jan 2001 | JHEOA diletakkan di bawah tanggungjawab KPLB |
27 Mac 2004 | - KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemasukkan tiga agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) - Program pembasmi kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
15 Ogos 2005 | Perpindahan keluar PERDA ke Jabatan Perdana Menteri |
1979 - 2009 | 50 tahun Kementerian |
April 2009 | Perpindahan masuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). |
Sept 2009 | Penubuhan Pejabat KKLW Cawangan Negeri. |
19 - 21 Mac 2010 | Sambutan 50 tahun KKLW diadakan di Kuala Lipis, Pahang dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak |
12 Okt 2010 | Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar PIPLB oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak. |